BEIJING, 16 JAN – Media tempatan hari ini melaporkan bandar China, Xi’an akan mula melonggarkan sekatan selepas tiga minggu berada di bawah perintah berkurung ketika pihak berkuasa cuba membendung penularan tempatan.
Menurut penyiar CCTV melaporkan beberapa bahagian dan zon pembangunan di Xi’an mula memulakan penghasilan, memetik sidang berita oleh pegawai Xi’an.
Mereka turut berkata langkah perintah berkurung telah sama ada dilonggarkan sebahagiannya atau keseluruhannya di beberapa komuniti yang dianggap sebagai berisiko rendah, membolehkan orang ramai untuk meninggalkan rumah mereka untuk seketika bagi membeli barangan keperluan harian.
Langkah pelonggaran separa itu dibuat selepas bandar berkenaan melaksanakan perintah berkurung pada 22 Disember, berikutan penularan jangkitan tempatan yang disebutkan oleh pegawai penularan varian Delta. Bandar itu telah melaporkan lebih 2,000 jangkitan sejak Disember tahun lalu.- AP