SYDNEY, 27 APRIL – China berkemungkinan besar akan mengerahkan tentera ke Kepulauan Solomon selepas menandatangani perjanjian keselamatan yang dipertikaikan dengan negara Pasifik itu, kata menteri dalam negeri Australia hari ini.
Perjanjian itu diumumkan oleh Beijing pada Selasa lalu, beberapa minggu selepas versi draf bocor di media sosial dan mencetuskan kebimbangan ia boleh membuka pintu kepada kehadiran tentera China di Pasifik Selatan.
Ditanya betapa realistiknya China akan meminta untuk meletakkan tentera di Kepulauan Solomon dalam tempoh tahun depan, Menteri Dalam Negeri Karen Andrews memberitahu radio 4BC ia ‘kemungkinan besar’.
“Kemungkinan itu akan menjadi laluan yang akan diambil China di rantau Pasifik,” sambungnya.
“Beijing sedar bahawa kita sedang dalam kempen pilihan raya persekutuan di sini pada masa ini,” katanya. – AFP