Monday, November 11, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Pakistan tingkat kerjasama

    ISLAMABAD, 14 Ogos – China dan Pakistan semalam pada pertemuan antara Perdana Menteri Pakistan Shahid Khaqah Abbasi dan Timbalan Perdana Menteri China Wang Yang mengadakan lawatan, berjanji akan meningkatkan lagi kerjasama pragmatik mereka dalam pelbagai bidang.

    Wang Yang berada di Pakistan untuk menghadiri kegiatan sempena memperingati ulang tahun ke-70 kemerdekaan Pakistan atas jemputan kerajaan Pakistan.

    Dengan menekankan bahawa China dan Pakistan adalah sahabat karib dalam kerjasama strategik yang sentiasa memahami dan menyokong antara satu sama lain, Wang berkata lawatan berjaya Presiden China Xi Jinping ke Pakistan dalam tahun 2015 telah membawa lembaran baru hubungan antara kedua-dua negara.

    China ingin berganding bahu dengan Pakistan untuk melaksanakan dengan baik kesepakatan penting yang telah dicapai oleh para pemimpin kedua-dua negara dan memastikan kerjasama dua hala akan mencapai lebih banyak hasil, ujarnya.

    Berhubung Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) yang menjadi projek kemegahan di bawah inisiatif Jalur dan Laluan . Wang melahirkan harapan kedua-dua negara mengukuhkan penyelarasan dan membuat rancangan dan rekaan baik dari perspektif peringkat tertinggi dan jangka panjang.

    Dicadangkan oleh China pada tahun 2013, inisiatif ini merujuk kepada Jalur Ekonomi Laluan Sutera dan Laluan Sutera Maritim Abad ke 21, yang bermatlamat membina rangkaian perdagangan dan infrastruktur yang menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika di sepanjang laluan perdagangan lama Laluan Sutera. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda