Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    China panggil duta AS berhubung sekatan

    BEIJING, 23 Sept – China mengarahkan duta Amerika Syarikat (AS) supaya mengemukakan satu bantahan rasmi berhubung sekatan yang dikenakan oleh AS terhadap pertubuhan ketenteraan China kerana membeli jet pejuang dan peluru berpandu Rusia, menurut media negeri.

    Pengumuman itu keluar sehari selepas China menggesa AS supaya menarik balik sekatan atau ‘menanggung akibatnya’.

    Perbalahan itu menambah kepada ketegangan di antara dua kuasa global berhubung perdagangan, layanan China terhadap kumpulan agama dan tuntutan negara Asia ke atas pulau yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

    Timbalan Menteri Luar Zheng Zeguang mengarahkan Duta Terry Branstad bagi “mengemukakan bantahan berhubung sekatan AS ke atas tentera China,” kata akhbar People’s Daily dalam laporan ringkas di Internet.

    Pada Khamis lalu, Washington mengenakan sekatan kewangan ke atas Jabatan Pembangunan Peralatan Kementerian Pertahanan China, dan pentadbir teratasnya, atas pembelian jet pejuang Rusia Sukhoi Su-35 dan sistem peluru berpandu permukaan bumi-keudara S-400 baru-baru ini.

    Pegawai berkata ia adalah kali pertama sebuah negara ketiga telah dikenakan hukuman di bawah undang-undang sekatan CAATSA kerana berurusan dengan Rusia dan menandakan kerelaan pentadbiran Trump untuk menjejas hubungan dengan negara lain dalam kempennya menentang Moscow.

    Rusia juga mengecam sekatan AS, menuduh Washington bersikap tidak adil dan menggunakan langkah baharu untuk mengekang pasaran senjata global Moscow.

    Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov berkata pada Jumaat bahawa ‘sekatan Washington yang berterusan’ memberikan tamparan baharu kepada hubungan AS-Rusia tetapi tidak dapat berkata sama ada Moscow akan bertindak balas, atau bagaimana. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda