BEIJING, 4 MEI – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam laporan tinjauan ekonomi rantau Asia Pasifik mutakhir ini meramalkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi di rantau berkenaan akan mencapai 4.6 peratus pada 2023 berbanding 3.8 peratus pada 2022.
Antaranya, ekonomi China dijangka menyaksikan peningkatan sebanyak 5.2 peratus, sekali gus menjadi pemacu utama pertumbuhan di rantau Asia Pasifik.
Laporan itu menegaskan bahawa walaupun ekonomi dunia penuh dengan cabaran, ekonomi rantau Asia Pasifik masih penuh dengan kedinamikan, terutamanya disebabkan oleh pemulihan pesat ekonomi China dan daya tahan pertumbuhan ekonomi India. – Bernama