Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    China pendekkan tempoh penggantungan penerbangan antarabangsa

    BEIJING, 7 OGOS – China hari ini memendekkan tempoh penggantungan untuk kemasukan penerbangan antarabangsa yang membawa penumpang positif COVID, memberikan petanda bahawa Beijing mungkin melonggarkan kawalan sempadan yang ketat tidak lama lagi.

    Penerbangan masuk yang membawa lima kes positif COVID, atau empat peratus daripada jumlah penumpang, kini akan berdepan penggantungan seminggu, kata Pentadbiran Penerbangan Awam (CAAC) dalam satu kenyataan.

    Sebelum itu, jika sebuah kapal terbang membawa masuk lima penumpang dijangkiti, semua penerbangan yang dikendalikan syarikat penerbangan tersebut di sepanjang laluan yang sama akan digantung selama dua minggu.

    Penerbangan yang mencatat kadar lapan peratus penumpang positif akan digantung selama dua minggu, menurut CAAC.

    Mekanisme pemutus litar itu telah membawa kepada gangguan perjalanan, dengan penerbangan ke China dibatalkan serta-merta tanpa sebarang tempahan semula selama beberapa minggu.

    China adalah satu-satunya negara yang masih berpegang pada strategi sifar COVID dengan sekatan dan kuarantin berpanjangan dikenakan ke atas penduduk. Sempadan negara juga ditutup sebahagiannya sejak awal 2020, justeru menghentikan pelancongan antarabangsa. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...