China perkenalkan undang-undang keselamatan di Hong Kong

HONG KONG, 22 MEI – China telah melancarkan serangan paling sengit ke atas autonomi Hong Kong dengan tindakannya untuk mengenakan undang-undang keselamatan, kata pekempen pro-demokrasi hari ini tatkala mereka berikrar akan membantah di jalan raya.

Cadangan undang-undang keselamatan – dijangka mengharamkan pengkhianatan, subversi dan hasutan – diperkenalkan dalam parlimen China pada pembukaan sesi tahunannya pagi ini.

Ia menyusuli amaran berulang kali dari pemimpin komunis China bahawa mereka tidak akan menerima tentangan di Hong Kong, bandar separa autonomi yang bertahan bantahan pro-demokrasi besar-besaran selama tujuh bulan pada tahun lalu. – AFP

Pembantah pro-demokrasi memegang sepanduk semasa mereka berarak dari luar Balai Polis Barat ke Pejabat Perhubungan China di Hong Kong kelmarin. – AFP