Wednesday, March 19, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    China perketat kuarantin ketibaan antarabangsa

    BEIJING, 16 MAC – China memperketat langkah kuarantin untuk ketibaan antarabangsa pada hari ini tatkala negara khuatir dengan pertambahan dalam kes import koronavirus dan kemarahan meletus di sosial media tentang cara Eropah dan Amerika Syarikat mengendali pandemik.

    Selepas mengisytiharkan mereka ‘pada asasnya’ berjaya mengawal penularan penyakit di China, di mana virus pertama muncul, pihak berkuasa kini telah mengarah ketibaan antarabangsa ke ibu negara supaya menuju ke lokasi kuarantin yang ditetapkan selama 14 hari mulai hari ini.

    Kira-kira 20,000 orang, satu persepuluh di antara mereka warga asing, telah memasuki China dengan kapal terbang setiap hari secara purata sejak Pertubuhan Kesihatan Dunia mengisytiharkan pandemik pada 11 Mac, menurut seorang pegawai imigresen.

    Penumpang pesawat kini dipindah ke sebuah pusat pameran berhampiran lapangan terbang antarabangsa utama Beijing untuk pemeriksaan perubatan sebelum menuju ke pusat kuarantin.

    Orang dalam sut perlindungan dan pegawai polis mengawal pusat pada hari ini manakala ambulans menunggu di luar. – AFP

    Pekerja memakai sut perlindungan menarik bagasi penumpang di Pusat Pameran Antarabangsa China Baharu, berhampiran Lapangan Terbang Beijing di Beijing kelmarin. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda