Thursday, December 7, 2023
27.5 C
Brunei

    -

    China perluas kerjasama angkasa

    BEIJING, 20 NOV – China aktif memperluas kerjasama antarabangsa berkaitan angkasa lepas, menyaksikan sebanyak 150 perjanjian antara kerajaan dimeterai dengan lebih 50 buah negara dan organisasi antarabangsa.

    Demikian kata wakil Jabatan Pentadbiran Angkasa Negara (CNSA) dalam simposium antarabangsa mengenai penggunaan teknologi angkasa lepas secara aman di Beijing bermula 18 hingga 20 November.

    Bulan lalu, Belarus dan Pakistan turut menyertai program Stesen Penyelidikan Lunar Antarabangsa (ILRS) yang dicadangkan China menerusi usaha sama beberapa negara.

    Dua negara itu akan menjalankan lebih banyak kerjasama mendalam berhubung pembinaan dan operasi ILRS termasuk pengaplikasian teknologi angkasa, bahan baharu dan komponen elektronik serta latihan ahli penyelidik dan pakar berkenaan.

    Naib Presiden Persatuan Astronautik China (CSA), Yang Baohua menyifatkan penerokaan dan penggunaan angkasa lepas secara aman sebagai tanggungjawab bersama seluruh umat manusia.

    Beliau berkata mustahak untuk mengukuhkan kerjasama dan pertukaran antarabangsa dalam usaha berkenaan.

    “Usaha itu akan membantu negara-negara aeroangkasa yang baru muncul untuk menerapkan inovasi teknologi angkasa lepas dan memajukan industri aeroangkasa.

    “Ia akan mendorong hasil teknologi angkasa sedia ada untuk diaplikasikan dalam sektor lain dan menjana pembangunan sosioekonomi pelbagai negara,” katanya. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Rekrut warga Nepal dalam tentera Rusia, 12 ditahan

    KATHMANDU, 6 DIS – Polis Nepal mengumumkan hari ini mereka telah menahan 12 orang yang dituduh menghantar lelaki muda Nepal secara haram untuk direkrut...