China pikat Eropah timur

DUBROVNIK, Croatia, 12 April – Perdana menteri China Li Keqiang akan mengadakan pertemuan bersama pemimpin dari timur dan tengah Eropah di Croatia lewat hari ini bagi membincangkan perdagangan selepas sidang utama bersama EU di mana dia berikrar akan membuka ekonomi negaranya.

Bandar pesisir Dubrovnik menghoskan ‘kerjasama 16+1 atau platform ekonomi bagi pelaburan Beijing di 11 negara timur Kesatuan Eropah dan lima negara Barat Balkan.

Kumpulan tersebut menumpukan secara berhati-hati di ibu negara barat Eropah sebagai usaha untuk ‘membahagi dan memerintah’ blok itu yang dinafikan oleh Li.

Dalam satu artikel yang diterbitkan dalam harian Croatia menjelang perhimpunan itu, perdana menteri China itu cuba untuk menambah keceriaan dalam sidang.

“Apabila kami menyatukan 17 negara pelbagai warna, kami akan mendapatkan pelbagai warna kekayaan yang lebih menarik berbanding pelangi,” tulisnya dalam satu artikel bertajuk ‘Mutlicolour countries, spacious future’.

“Jika kami membangunkan jambatan pelangi menerusi Asia dan Eropah, kami akan mencapai kerjasama masa depan yang menarik.”

Eropah timur merupakan teras komponen projek besar ‘Jalur dan Laluan’ Beijing bernilai sehingga AS$1 trilion dan menumpukan kepada pembinaan tanah dan hubungan laut bagi membolehkan eksport China mengalir ke barat.

China sebelum ini mengumumkan AS$10 bilion kredit dan AS$3 bilion dana pelaburan bagi 16 negara di rantau itu.

Setakat ini, rekod menyusul bercampur-campur dengan sebahagianpembinaan projek utama sedang dijalankan sementara beberapa pelaburan lain yang dijanjikan ditangguhkan atau dihentikan. – AFP

Li Keqiang (kiri) dan rakan sejawatnya dari Croatia Andrej Plenkovic (kanan) semasa mengadakan sidang media bersama di Zagreb, baru-baru ini. – AFP