BEIJING, 23 DIS – China telah memindahkan kira-kira 250 rakyatnya ke kawasan selamat selepas lapan buah kereta syarikat pelombong China dicuri semasa konflik bersenjata menjelang pilihan raya di Republik Tengah Afrika, menurut kedutaan hari ini.
Dalam kenyataan menerusi laman web kedutaan berkata situasi kini terkawal dengan bantuan pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), meskipun masih terdapat sedikit kejadian tembak-menembak.
Konflik tercetus berikutan keputusan mahkamah pada 3 Disember untuk mengantung bekas presiden, Francois Bozize dari menyertai pilihan presiden dan undang-undang pada Ahad.
Bozize, dalam respons, mengumpulkan kumpulan pemberontak untuk berarak ke ibu kota Bangui. Mereka terlibat dalam konflik dengan tentera kerajaan di kawasan Yaloke sejak 15 Disember, menurut kenyataan kedutaan.
Lapan buah kenderaan dan harta benda milik empat buah syarikat perlombongan China telah dicuri. Namun tiada sebarang warga China yang tercedera, menurut kedutaan.
Kira-kira 250 orang telah dipindahkan ke tempat selamat ketika situasi menjadi lebih tegang.
Kedutaan tidak menyebut sama ada masih ada rakyatnya yang berada di negara tersebut.
Republik Tengah Afrika merupakan sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi. Kayu balak, lombong emas dan permata merupakan eksport utama mereka, menurut Perkhidmatan Informasi Keamanan Antarabangsa, sebuah institut penyelidikan di Belgium.
Rusia berkata kelmarin mereka telah menghantar 300 pelatih tentera untuk membantu melatih tentera berdepan dengan keganasan pemberontak.
Negara tersebut telah menyaksikan pertempuran mengenai agama dan komuniti sejak 2013, apabila kumpulan Seleka melakukan rampasan kuasa di Bangui. Kebanyakan militan Kristian menyerang balas sekali gus menyebabkan ribuan terbunuh dan kehilangan tempat tinggal. – AFP






























