China puji pertemuan Kim-Trump

BEIJING, 12 Jun – China hari ini memuji sidang kemuncak antara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebagai pertemuan bersejarah dan menggesa ‘pembebasan nuklear sepenuhnya’ untuk menyelesaikan ketegangan di semenanjung Korea.

Hakikat bahawa kedua-dua pemimpin ‘boleh duduk bersama dan menjalani rundingan yang mempunyai makna yang penting dan positif, dan mencipta sejarah baharu,” kata Menteri Luar China, Wang Yi kepada wartawan. “Perkara utama isu nuklear semenanjung adalah isu keselamatan. Bahagian yang paling penting dan sukar bagi isu keselamatan bagi AS dan Korea Utara adalah untuk duduk, mencari cara untuk menyelesaikannya melalui rundingan yang sama,” kata Wang.

“Memberhentikan isu nuklear, dalam satu perkara ialah pembebasan dari senjata nuklear secara penuh. Pada masa yang sama, perlu ada mekanisme damai untuk semenanjung itu, bagi menyelesaikan kebimbangan keselamatan yang munasabah untuk Korea Utara.” – AFP