Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    China rancang bangun ekonomi luar Beijing

    XIONGAN, China, 16 April – Seorang pemilik perniagaan, Hu Weibing menangis kerana bakal kehilangan segala-galanya, termasuklah rumahnya, selepas pengumuman mengejut di China untuk mengubah tempat luar bandar berhampiran Beijing menjadi metropolis moden hampir tiga kali saiz New York City.

    Kilang pakaian yang dijalankan oleh keluarga Hu di wilayah utara Hebei mungkin tutup ekoran penjejasan dari zon ekonomi khas baru yang serupa dengan yang di Shanghai dan Shenzhen.

    Kawasan Baru Xiongan yang dirancang pada masa berkeluasan 2,000 kilometer persegi dan mempunyai kurang satu peratus dari penghasilan ekonomi Beijing, tetapi pengumuman hujung minggu lalu telah mencetuskan spekulasi kegilaan spekulasi hartanah apabila pembeli-pembeli rumah luar bandar dari seluruh negara pergi ke kawasan yang sebelum ini tidak dikenali.

    “Ia pastinya baik bagi Hebei dan ekonomi serantau, tetapi bencana bagi perniagaan kecil dan sederhana seperti kami,” kata Hu, sambil merenung tembok konkrit rumah impian empat tingkat yang mula dibinanya tahun lalu tetapi tidak akan dapat mampu menyiapkannya.

    Seorang wanita duduk di hadapan sebuah agensi hartanah tertutup di daerah Rongcheng di wilayah Hebei China. China merancang untuk membangunkan ekonomi di luar Beijing kepada sebuah kota tiga kali lebih besar daripada New York. – AFP
    Seorang wanita duduk di hadapan sebuah agensi hartanah tertutup di daerah Rongcheng di wilayah Hebei China. China merancang untuk membangunkan ekonomi di luar Beijing kepada sebuah kota tiga kali lebih besar daripada New York. – AFP

    Meskipun pihak berkuasa belum lagi memaklumkannya apakah seterusnya, dia bersiap sedia bagi perkembangan dalam cara yang menjadi kebiasaan bagi projek besar kerajaan: penempatan semula secara paksa dan ganti rugi kewangan sederhana. Perubahan itu akan menjejaskan 40 orang kakitangan tempatannya, setiap mereka telah pun menjalani latihan dua tahun untuk menghasilkan jaket musim sejuk yang dijual oleh Kilang Pakaian Yuhua milik Hu kepada pelanggan-pelanggan di Moscow. Dan harga tanah di tempat lain akan pasti melonjak tinggi yang sukar dimampui.

    “Untuk membina sebuah lagi kilang atau sebuah lagi vila seperti vila kami adalah mustahil. Amat memalukan,” katanya perlahan, tanpa dapat menahan tangisan sambil menyorokkan wajahnya, selepas berdekad-dekad lamanya dalam hidupnya memberi tumpuan pada perniagaan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda