Tuesday, April 29, 2025
24.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    China rancang guna bioetanol sepenuhnya menjelang 2020

    BEIJING, 13 Sept – China merancang menggunakan bahan api bioetanol di seluruh negara menjelang 2020, kata Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara dan Pentadbiran Tenaga Kebangsaan (NEA).

    Rancangan itu diumumkan memandangkan China dalam usaha meningkatkan penggunaan bahan api boleh baharu dan lebih mesra alam serta cekap teknologi, kata seorang pegawai kanan NEA lapor agensi berita China Xinhua.

    Lebih 40 buah negeri dan wilayah menggunakan sekitar 600 juta tan metrik bahan api etanol setiap tahun, bersamaan dengan 60 peratus penggunaan minyak petrol tahunan dunia.

    China adalah pengeluar bioetanol ketiga terbesar dunia dan menggunakannya hampir 2.6 juta tan setahun.

    Di bawah perancangan itu juga, China berhasrat membina sebuah sistem cecair biobahan api yang berupaya menghasilkan 50,000 tan etanol selulosa setahun, menjelang 2020.

    Pada 2014, China melancarkan program perintis etanol daripada jagung sebagai sebahagian usaha memajukan tenaga boleh baharu.

    Etanol boleh dihasilkan daripada kedua-duanya sukrosa (bit atau tebu) dan jagung, yang mana China memiliki anggaran lebihan kira-kira 200 juta tan. – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda