Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    China rancang latihan ketenteraan

    BEIJING, 27 MEI – China akan mengadakan latihan tentera laut di Laut China Selatan esok, menurut pihak berkuasa maritimnya, seminggu selepas Barat menuduhnya atas usaha ketenteraannya untuk mengubah keseimbangan di seluruh rantau Pasifik.

    Latihan, yang bakal diadakan di lautan kurang daripada 25 kilometer dari pesisir wilayah Hainan di bahagian selatan China, dibuat ketika Amerika Syarikat mengetuai amaran mengenai perkembangan tentera dan ekonomi China yang semakin meningkat di kawasan yang merangkumi Laut China Selatan hingga ke Kepulauan Pasifik.

    “Latihan ketenteraan akan diadakan dan kemasukan adalah dilarang,” kata pentadbiran Keselamatan Maritim dalam kenyataannya kelmarin, memberi amaran bahawa kawasan seluas kira-kira 100 kilometer persegi akan ditutup kepada lalu lintas maritim selama lima jam.

    China secara rutin menjalankan latihan serupa di perairan berhampiran pantainya, dengan latihan di kawasan lain berhampiran Hainan dijadualkan pada minggu hadapan, serta beberapa latihan lain di sepanjang pantai timur China.

    Tetapi latihan terbaharu ini diadakan ketika Beijing berdepan dengan amaran bertubi-tubi dari Amerika Syarikat (AS) dan sekutu Barat mengenai perkembangan tentera lautnya, yang menurut pengkritik sebagai satu usaha untuk mengubah keseimbangan kawasan di rantau itu.

    Sementara itu, Australia dan New Zealand pada minggu ini memberi amaran mengenai kebocoran dokumen yang kelihatan menunjukkan rancangan untuk membina kerjasama keselamatan sempadan antara China dan Kepulauan Pasifik.

    Namun China berkata kerjasamanya dengan negara-negara Kepulauan Pasifik ‘tidak menyasarkan mana-mana negara’, dan menolak dakwaan bahawa ia memberi tekanan kepada negara-negara kecil untuk mempersetujui perjanjian keselamatan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...