Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    China rancang pembenihan awan lindungi tanaman

    CHONGQING, CHINA, 21 OGOS – China berkata ia akan cuba melindungi penuaian bijirinnya daripada kemarau yang mencatat rekod dengan menggunakan bahan kimia untuk menjana hujan, manakala kilang di barat daya menunggu hari ini untuk melihat sama ada ia akan ditutup selama seminggu lagi kerana kekurangan air untuk menjana kuasa hidro.

    Musim panas yang paling panas dan kering sejak kerajaan mula merekodkan hujan dan suhu 61 tahun lalu telah melayukan tanaman dan menyebabkan takungan air kurang separuh daripada paras biasa.

    Kilang-kilang di wilayah Sichuan telah ditutup minggu lalu bagi menjimatkan tenaga untuk kediaman apabila permintaan penyaman udara melonjak, dengan suhu setinggi 45 darjah Celsius (113 darjah Fahrenheit).

    Sekitar 10 hari akan datang adalah ‘tempoh penting ketahanan terhadap kerosakan’ bagi tanaman padi di selatan China, kata Menteri Pertanian, Tang Renjian, menurut akhbar Global Times.

    Pihak berkuasa akan mengambil langkah kecemasan untuk ‘memastikan penuaian bijirin musim luruh’, iaitu 75 peratus daripada jumlah tahunan China, kata Tang pada Jumaat, menurut laporan itu.

    Pihak berkuasa akan ‘cuba untuk meningkatkan hujan’ dengan pembenihan awan menggunakan bahan kimia dan menyembur tanaman dengan ‘agen penahan air’ untuk mengehadkan penyejatan, kata kementerian Tang dalam laman webnya.

    Ia tidak memberi butiran di mana ia akan dilakukan. – AP

    Seorang petani berdiri dekat rekahan di tanah kering di bendang sawah padi pinggir Chongqing, China pada 21 Ogos. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...