Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    China rekod cuaca ekstrem

    BEIJING, 5 JULAI – China dicengkam gelombang haba terburuk dalam beberapa dekad namun dalam masa yang sama mencatatkan rekod turunan hujan terbanyak dalam Jun, menyaksikan cuaca ekstrem dari kawasan tanah tinggi Tibet sehinggalah pulau tropika, Hainan.

    Gelombang haba turut menghambat Jepun dan cuaca tidak menentu juga melanda beberapa lagi bahagian lain di dunia, yang menurut saintis tanda-tanda pasti perubahan iklim, dengan lebih banyak gelombang kepanasan dijangkakan pada abad ini.

    Wilayah timur laut Shandong, Jilin dan Liaoning menyaksikan turunan hujan ke tahap tertinggi pernah direkodkan dalam Jun, manakala purata 112.1 milimeter merupakan 9.1 peratus lebih tinggi pada bulan sama tahun lalu, menurut agensi Pentadbiran Meteorologi China dalam laporan dikeluarkan hari ini.

    Purata suhu di seluruh negara mencecah 21.3 darjah Celsius dalam Jun, meningkat 0.9 Celsius berbanding tempoh sama tahun lalu dan tertinggi sejak 1961. Tiada keredaan kelihatan, dengan suhu lebih tinggi daripada biasa dan ramalan hujan dalam kebanyakan kawasan di negara itu sepanjang Julai ini, menurut pihak pentadbiran itu.

    Di wilayah utara Henan, Xuchang mencecah suhu 42.1 Celsius, Dengfeng 41.6 Celsius pada 24 Jun pada hari terpanas pernah direkodkan, menurut penjejak cuaca ekstrem global, Maximiliano Herrera.

    China juga menyaksikan banjir bermusim di beberapa bahagian negara, mengakibatkan kesengsaraan ke atas ratusan ribu orang, khususnya di bahagian teruk terjejas di selatan yang menerima banyak turunan hujan serta taufan dari Laut China Selatan.

    China bagaimanapun tidak bersendirian mengalami suhu tinggi dan keadaan cuaca ekstrem. Di Jepun, pihak berkuasa memberi amaran tekanan lebih teruk ke atas grid tenaganya dan menggesa orang ramai menjimatkan tenaga. Manakala sebahagian besar Hemisfera Utara turut menyaksikan cuaca ekstrem musim panas ini, dengan rantau dari Artik Rusia yang lazimnya sejuk ke kawasan Amerika Selatan yang secara tradisinya panas, merekodkan suhu tinggi dan gelombang haba. – AP

    Seorang wanita mengipaskan dirinya berhampiran papan iklan di sebuah perhentian bas ketika menunggu bas di Beijing, 5 Julai. China berhadapan cuaca ekstrem sepanjang Julai ini, menurut laporan agensi Pentadbiran Meteorologi China, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...