Monday, October 2, 2023
23 C
Brunei

    -

    China rekod korban pertama COVID sejak Mei

    BEIJING, 20 NOV – China hari ini melaporkan kematian pertama COVID-19 dalam tempoh enam bulan, ketika ia berdepan peningkatan jangkitan virus meskipun langkah ketat sudah diambil bagi mengekang penularannya.

    Hari ini, pegawai perbandaran mengumumkan lelaki berusia 87 tahun meninggal dunia di Beijing ketika Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan mengatakan ia telah merekodkan lebih 24,000 jangkitan seluruh negara dalam tempoh 24 jam.

    Walaupun angka itu agak rendah berbanding negara lain, lonjakan kes dilihat ketara sejak kebelakangan ini di China selepas berbulan-bulan mengumumkan hanya segelintir kes dicatat.

    Pada 11 November lalu, Beijing mengumumkan pelonggaran sekatan COVID-19, termasuk mengurangkan tempoh kuarantin ke atas ketibaan antarabangsa.

    Menurut penyiaran negara itu, CCTV, kematian COVID kelmarin – merupakan yang pertama diumumkan sejak Mei – melibatkan kes ringan namun keadaan kesihatan lelaki warga emas itu semakin teruk selepas mengalami jangkitan bakteria.

    Beijing yang mencatat 621 kes baharu COVID-19, hari ini, mengarahkan beberapa penduduknya menjalani kuarantin di rumah dan sebilangan lagi ke pusat kuarantin.

    Di hab pengilangan Guangzhou, salah satu tumpuan penularan ketika ini telah melaporkan lebih 8,000 kes sehari hari ini, mencetuskan pegawai untuk melancarkan pemeriksaan menyeluruh di daerah tengah Haizhu, yang dihuni oleh kira-kira 1.8 juta penduduk.

    Beberapa gedung beli-belah terbesar di Beijing telah ditutup hari ini, sementara yang lain mengurangkan jam bekerja atau hanya menerima tempahan bawa pulang bagi restoran-restoran.

    Sementara itu, taman-taman, dewan sukan dan gimnasium turut ditutup dengan pihak majikan diminta membenarkan kakitangan bekerja dari rumah. – AFP

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Ikan paus langgar bot, 1 maut, 1 cedera  

    SYDNEY, 1 OKT - Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera selepas seekor ikan paus melanggar sebuah bot di luar pantai timur Australia, kelmarin,...

    Singa baham tuan