Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

China rekod Ogos paling panas

-

BEIJING, 6 SEPT – China merekodkan bulan Ogos paling panas sejak catatan dibuat, menurut laporan media negara hari ini, berikutan gelombang panas yang luar biasa yang mengakibatkan sungai-sungai menjadi kering, tanaman mati dan terputus bekalan elektrik berasingan.

Menurut pakar, bahagian selatan China bulan lalu mengalami gelombang haba terburuk dalam sejarah dunia, dengan beberapa bahagian di wilayah Sichuan dan bandar mega Chongqing merekodkan suhu melebih 40 darjah Celsius.

Purata suhu di seluruh negara pada Ogos ialah 22.4 darjah Celsius, melepasi kebiasaannya dengan 1.2 darjah Celsius, menurut laporan penyiar negara CCTV, memetik perkhidmatan cuaca negara.

Kira-kira 267 buah stesen cuaca seluruh negara menyamai atau melepasi suhu rekod bulan lalu.

Ia menjadi Ogos ketiga paling kering di China pernah direkod, dengan purata turunan hujan 23.1 peratus lebih rendah daripada purata.

“Jumlah purata hari yang mencatat suhu tinggi adalah luar biasa tinggi, dengan keadaan suhu tinggi serantau berterusan memberi kesan kepada negara,” CCTV memetik laporan perkhidmatan cuaca.

Para saintis berkata cuaca ekstrem seperti gelombang haba, kemarau dan banjir kilat kerap berlaku disebabkan oleh perubahan iklim akibat perbuatan manusia. – AFP

Seorang penduduk mengambil gambar di sepanjang sungai Yangtze yang hampir kering.- AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -