Monday, March 24, 2025
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    China, Rusia bersatu

    BEIJING, 13 Jan – China mempunyai pelbagai pilihan dari segi ekonomi, diplomatik dan tentera untuk bertindak balas jika Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan meneruskan dengan pengerahan sistem pertahanan peluru berpandu canggih, kata pakar hari ini, ketika Beijing masih lagi kekal samar-samar mengenai ancaman ke atas rancangannya.

    Langkah sebegitu akan menimbulkan risiko bagi Washington dan Seoul dalam pengerahan kontroversi yang China anggap sebagai satu ancaman keselamatan besar, sementara merumitkan perkara itu bagi Korea Selatan yang turut berdepan perpecahan politik domestik dan tentang awam.

    Agensi berita rasmi China, Xinhua, berkata Beijing dan Moscow bersetuju untuk mengambil ‘langkah pencegahan selanjutnya’ dalam respons kepada rancangan itu semasa rundingan keselamatan antara kedua-dua buah negara di Moscow hari ini.

    “Langkah pencegahan itu akan dihasratkan untuk melindungi kepentingan China dan Rusia dan keseimbangan strategik di rantau itu,” Xinhua memetik persetujuan itu sebagai berkata.

    Laporan itu tidak memberi butiran lain dan jurucakap Kementerian Luar Negeri China hari ini berkata hanya China mempunyai hak sah untuk mempertahankan kepentingan keselamatannya.

    “China percaya ia adalah ancaman serius kepada kepentingan keselamatan China dan bagi rantau itu,” kata Lu Kang semasa taklimat harian. “Saya percaya bahawa selagi negara kita mempunyai kebimbangan keselamatan yang sah, ia adalah difahami bahawa langkah perlu, harus diambil untuk melindungi kepentingan seumpamanya.” – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda