China, Rusia sebulat suara

SEOUL, 11 Okt – China dan Rusia telah menyokong mengurangkan sekatan ke atas Pyongyang ‘pada masa yang sesuai’ ketika menteri luar Korea Selatan berkata Seoul sedang memikirkan menarik balik langkahnya sendiri, yang mengancam keretakan dalam pengetatan sejagat ke atas Korea Utara.

Pyongyang disekat di bawah banyak resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung program senjatanya, dan berulang kali menggesa bagi langkah itu dikurangkan, dengan merujuk kepada pembekuan ujian nuklear dan peluru berpandunya.

Pada rundingan tiga hala di Moscow, timbalan menteri luar Korea Utara, China dan Rusia bersetuju ‘adalah wajar untuk menimbangkan penyelarasan sekatan ke atas DPRK oleh Majlis Keselamatan PBB pada masa yang sesuai,’ kementerian luar Beijing berkata dalam kenyataan lewat semalam, dengan menggunakan nama rasmi Korea Utara.

China merupakan penyokong diplomatik utama Korea Utara dan Pyongyang juga menjalin hubungan sahabat dengan Rusia.

Berbanding dengan AS, yang menerajui usaha-usaha sejagat untuk memberi tekanan ke atas ekonomi Korea Utara tahun lalu, dan berpendirian bahawa sekatan terus dikenakan sehingga penamatan nuklear Pyongyang yang “muktamad dan sepenuhnya disahkan.”

Sekutu AS, Seoul juga menimbulkan tentang mengurangkan langkah sehalanya sendiri ke atas Pyongyang.

Cho Myoung-gyon semasa berucap di Perhimpunan Agung di Seoul, Korea Selatan kelmarin. – AP

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in menyokong penglibatan dengan Korea Utara dan telah membayangkan pelaburan besar dan projek-projek bersama rentas sempadan sebagai insentif bagi langkah ke arah penamatan program nuklear.

Korea Selatan menangguhkan kebanyakan perdagangan dengan Korea Utara pada tahun 2010 ekoran serangan memusnah Korea Utara ke atas kapal perang Korea Selatan yang membunuh 46 kelasi di dalamnya. Pyongyang menafikan penglibatan itu.

“Kami sedang mengkajinya dengan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan,” Menteri Luar Korea Selatan Kang Kyung-wna memberitahu parlimen semalam.

Kang kemudian menarik balik kenyataan itu, dengan mengatakan beliau tersalah cakap, dan kementeriannya berkata kajian aktif tidak dijalankan.

Menteri perpaduan Korea Selatan Cho Myoung-gyon menambah hari ini bahawa ‘tidak ada kajian terperinci’ tentang menarik balik sekatan namun berkata Seoul telah mengambil langkah bagi kerjasama seberang sempadan ‘dalam cara yang fleksibel.’ – AFP