BEIJING, 26 April – Mahkamah China telah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun setengah ke atas seorang wanita Amerika dan pengusiran atas tuduhan mengintip, menurut sebuah kumpulan hak asasi pada hari ini, dan menurut peguamnya dia menjangkakan anak guamnya itu akan dibebaskan kelak.
Sandy Phan-Gillis telah ditahan pada Mac 2015 di sempadan Macau selepas melawat tanah besar China bersama delegasi perdagangan dari bandar minyak Texas, Houston.
Dia dituduh mengintip dan mencuri rahsia kerajaan kerana dikatakan menyerahkan perisikan kepada pihak ketiga, menurut laporan sebelum ini dari Kumpulan Kerja PBB berhubung Penahanan Sembarangan, yang memetik sumber kerajaan.
Mahkamah Perantaraan Rakyat Nanning di wilayah selatan Guangxi telah menjatuhkan hukuman itu semalam, tetapi langkah Amerika seterusnya tidak akan jelas sehingga pengadilan bertulis dikeluarkan, John Kamm, pengarah Kumpulan Hak Asasi Yayasan Dui Hua yang beribu pejabat di AS memberitahu AFP.
Phan-Gillis pada masa ini ditahan di pusat tahanan dan bukan penjara dan tidak merancang untuk membuat rayuan, menurutnya lagi.
Kamm berkata ‘penyesuaian bagi masa yang dilalui dalam pengawasan kediaman di lokasi yang ditentukan, dia telah pun menjalani lebih setengah dari hukumannya dan layak bagi parol dan juga parol perubatan, peringanan dan pengusiran segera,”
“Saya berharap dia akan bersatu semula dengan keluarganya kelak,” tambahnya lagi. – AFP