China sahkan 4 maut pertempuran di sempadan India

BEIJING, 19 FEB – Kementerian Pertahanan China hari ini menyatakan empat askarnya terbunuh dalam satu pergaduhan dengan pasukan keselamatan India tahun lalu, pengesahan pertama kematian oleh Beijing daripada pertikaian sempadan yang juga meragut nyawa sekurang-kurangnya 20 orang askar India.

Askar China ‘mengorbankan diri mereka’ semasa konfrontasi Jun dalam kawasan sempadan di Lembah Galwan dengan pasukan tentera India, menurut kementerian.

India dan China pernah berperang sempadan dalam 1962 dan sudah lama menuduh satu sama lain saling menceroboh sempadan – yang tidak pernah dipersetujui dengan sebaiknya – di kawasan Ladakh, India, berhampiran Tibet.

Dalam pertengahan Jun, 20 askar India terbunuh dalam pertempuran ganas sempadan beraltitud tinggi di Lembah Galwan, dalam satu daripada pertempuran dahsyat antara kedua-dua belah pihak dalam beberapa dekad kebelakangan.

Beijing pada masa itu mengakui pertempuran membawa korban, namun tidak mengesahkan jika ada sebarang askar China yang meninggal dunia.

Komando batalion, Chen Hongjun dan tiga lagi askar yang maut telah diberikan anugerah keberanian, kata kementerian pertahanan. – AFP

Gambar serahan Tentera India menunjukkan tentera China merobohkan kubu di Pangong Tso, di Ladakh, antara sempadan India-China pada 15 Februari lalu. China mengesahkan empat maut dalam pertempuran sempadan India-China tahun lalu. – AP