China sahkan kapalnya adakan latihan di Laut China Selatan

BEIJING, 3 Jan – China telah mengesahkan yang kapal pengangkutan pesawat udaranya telah buat pertama kali menjalankan latihan di Laut China Selatan dengan formasi kapal perang lain dan jet pejuang, satu langkah yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam kalangan jirannya.

Kementerian Pertahanan berkata beberapa jet pejuang J-15 berlepas dan mendarat dari dek penerbangan kapal pengangkutan pesawat udara pada Isnin. Liaoning, pengangkutan pesawat udara yang pertama dan satu-satunya milik China, berlayar ke Laut China Selatan minggu lepas.

Pengesahan itu muncul beberapa hari selepas kementerian pertahanan Taiwan berkata pengangkutan itu dan lima kapal perang lain telah melintasi selatan Taiwan. Pulau yang diperintah sendiri itu telah mengerahkan jet pejuang untuk memantau armada berkenaan.

China mengelar latihan itu sebagai sebahagian daripada latihan rutin laut terbuka, namun ia boleh menambahkan lagi ketegangan antara Beijing dan Taipei. China pada masa ini sedang membina kapal pengangkutan pesawat udara yang kedua. – AP

Gambar dari udara yang diambil pada 2 Januari 2017 ini menunjukkan formasi tentera laut China, termasuk kapal pengangkutan pesawat udara Liaoning (tengah), semasa latihan tentera di Laut China Selatan. – AFP
Gambar dari udara yang diambil pada 2 Januari 2017 ini menunjukkan formasi tentera laut China, termasuk kapal pengangkutan pesawat udara Liaoning (tengah), semasa latihan tentera di Laut China Selatan. – AFP