Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    China sambut baik usaha perkasa R&D

    BEIJING, 17 JUN – Majoriti syarikat dari Kesatuan Eropah (EU) melihat China sebagai pangkalan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berpotensi, berkat manfaat yang diraih daripada kemajuan bidang berkenaan di negara Tembok Besar itu.

    Demikian menurut satu tinjauan pendapat terhadap syarikat dari EU yang berniaga di China baru-baru ini.

    Mengulas hasil tinjauan itu, jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shu Jueting berkata, inovasi merupakan komponen penting dalam konsep pembangunan baharu dan juga pemacu pertumbuhan ekonomi berkualiti tinggi China.

    Menurut beliau, Indeks Inovasi Global (IIG) China meningkat ke tangga ke-12 pada tahun lepas berbanding ke-34 pada 2012 hasil daripada pelaksanaan strategi pembangunan yang berorientasikan inovasi.

    Shu turut memberi penghargaan kepada sumbangan syarikat negara Eropah dalam hal tersebut, dan menganggap kerjasama menang-menang berjaya diwujudkan menerusi penglibatan mereka dalam konsep keterbukaan serta pembangunan inovatif di negara itu.

    “China komited memperluas dasar keterbukaan pada tahap tinggi, di samping memperkasa usaha perlindungan harta intelek dan menambah baik iklim perniagaan serta inovasi,” katanya ketika sesi taklimat pada Khamis.

    Tambah Shu, China mengalu-alukan syarikat asing termasuk dari negara EU datang melabur, mempertingkat peruntukan dalam R&D, termasuk menubuhkan pusat R&D untuk bersama-sama menikmati limpahan manfaat pembangunan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...