China sasar kurangkan tenaga bahan bakar

BEIJING, 24 OKT – China menyasarkan matlamat tenaga bersih dengan mengurangkan penggunaan bahan api di bawah 20 peratus menjelang 2060, menurut rancangan rasmi diterbitkan oleh media negara hari ini.

Dokumen disusuli dengan janji oleh Presiden Xi Jinping untuk mengurangkan pencemaran arang batu terbesar dunia, dengan sasaran kemuncak pengeluaran karbon pada 2030 dan mencapai karbon neutral 30 tahun kemudian.

Namun negara China dikritik kerana meneruskan membuka berpuluh-puluh kilang tenaga arang batu yang baharu.

Pihak berkuasa juga dilihat sedang giat dengan penghasilan ketika harga arang batu melonjak dan bekalan semakin rendah dalam beberapa hari kebelakangan, menjadi punca kekurangan bekalan tenaga.

Tetapi hari ini, agensi berita rasmi Xinhua menerangkan sasaran China dalam menuju karbon neutral.

Antaranya ialah bahagian penggunaan bukan dari bahan api mencapai kira-kira 25 peratus dalam jumlah keseluruhan penggunaan tenaga menjelang 2030, ketika negara menyasarkan kemuncak pencemaran.

Selepas itu, pencemaran karbon dioksida per unit GDP akan menurun lebih 65 peratus dari paras 2005, sementara keseluruhan kapasiti tenaga angin dan solar yang dipasang diramal mencapai lebih 1.2 bilion kilowatt, menurut Xinhua.

Garis panduan turut menyatakan sasaran awal bagi pencemaran karbon per unit GDP jatuh 18 peratus pada 2025, daripada paras 2020.

China bergelut untuk mengurangkan penggunaan arang batu, yang menjana hampir 60 peratus ekonomi tenaganya. – AFP