China sedia hadapi Hagupit

BEIJING, 3 OGOS – Kawasan-kawasan pantai yang berisiko telah dikosongkan dan bot-bot nelayan kembali ke pelabuhan sebelum taufan dijangka membawa hujan lebat ke timur China lewat hari ini ketika negara itu masih berpulih dari banjir musim panas.

Taufan Hagupit membawa kelajuan angin kira-kira 90kmsj pada pusatnya dan bergerak ke barat laut pada 25kmsj.

Pusat Meteorologi Kebangsaan China berkata Hagupit dijangka melanda pesisir antara wilayah Zhejiang dan Fujian. Shanghai dijangka turut terkesan.

Perkhidmatan feri dan beberapa kereta api telah digantung perkhidmatannya manakala 4,481 penumpang dibawa menggunakan bot di perairan luar bandar pantai Wenzhou dan Tanzhou, Zhejiang. – AP