China sedia jadi pelopor perdagangan

BEIJING, 12 Jan – Sebagai benefisiari terbesar globalisasi, China bersedia untuk mengisytiharkan dirinya pelopor perdagangan bebas ketika menghadapi penyokong fahaman perlindungan AS, namun penganalisis berkata sikap Beijing adalah lebih bersifat pemilih.

Sejak Donald Trump dipilih berdasarkan platform menghapus pakatan perdagangan yang dikatakan oleh beliau telah menjejas pekerjaan warga Amerika, China telah memegang peranannya sebagai pembela globalisasi dan pengaturan ekonomi berbilang pihak. Pada Forum Ekonomi Dunia di Davos pada minggu depan – kepada ramai orang simbol globalisasi yang tidak ada tandingannya – Presiden Xi Jinping akan menyampaikan ucapan dasar untuk ‘menyumbang kebijaksanaan China’ dan ‘menggalak semua pihak supaya meletak globalisasi ekonomi dalam perspektif betul’, menurut timbalan menteri luar Li Baodong.

Namun idea Beijing mungkin mengisi kekosongan dan memimpin perniagaan antarabangsa jika AS melucutkan tugas, bukan merupakan satu permulaan, kata penganalisis.

Rejim perniagaan global telah dibina berdasarkan permintaan AS dan defisitnya yang besar dengan rakan perniagaan; China secara konsisten mencatat lebihan dagangan yang besar dengan AS dan negara lain sebagai bengkel dunia, tulang belakang keadaan melambung berdekad-dekad lamanya yang telah mendorongnya menjadi ekonomi kedua terbesar dunia.

Adalah ‘mustahil’ untuk China memimpin regim perniagaan global, kata Michael Pettis, profesor di Universiti Peking, dalam satu analisis baru-baru ini, dan rakannya akan terjejas oleh permintaan yang lebih rendah sekiranya ia berbuat demikian. – AFP