BEIJING, 3 Ogos – Beijing memberi amaran hari ini bahawa negara itu bersedia untuk mengenakan tarif baharu terhadap barangan Amerika Syarikat (AS) bernilai AS$60 bilion sekiranya Washington menambahkan ketegangan dalam perang perdagangan AS dan China.
Kementerian perdagangan telah mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa duti baharu akan dikenakan sekiranya Washington memulakan langkah Presiden Donald Trump untuk melancarkan tarif ke atas barangan China bernilai AS$200 bilion. Kenyataan turut berkata China berhak untuk mengenakan “langkah balas yang lain.”
“China sentiasa percaya bahawa perundingan berdasarkan penghormatan bersama, kebersamaan dan faedah bersama adalah jalan efektif dalam menyelesaikan perbezaan perdagangan,” kata kementerian berkenaan. – AFP