Friday, April 19, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    China sedia mainkan peranan ‘membina’

    SEOUL, 3 MEI – China akan memain-kan peranan ‘membina’ dalam menyelesaikan ketegangan di semenanjung Korea, menurut utusan tertinggi Beijing ke Pyongyang hari ini.

    Beijing merupakan sekutu paling penting Pyongyang dan penyumbang ekonomi, hubungan mereka dijalin dalam pertumpahan darah semasa Perang Korea pada 1950an.

    Wakil khas China mengenai hal ehwal semenanjung Korea, Liu Xiaoming, kini berada di Seoul pada minggu ini untuk lawatan pertama ke Korea Selatan sejak mengambil alih jawatan. Dia bertemu rakan sejawat dari Korea Selatan, Noh Kyu-duk, hari ini.

    Kedua-dua perutusan tersebut akan membincangkan ‘situasi buruk’ di semenanjung Korea dan langkah untuk ‘menstabilkan pentadbiran’, kata menteri luar Korea Selatan.

    Liu meluahkan ‘kesanggupan pihak China untuk memainkan peranan membina bagi penyelesaian damai isu semenanjung Korea,” tambah kenyataan kementerian tersebut.

    Korea Utara melancarkan lebih satu dozen ujian senjata pada tahun ini, termasuk pelancaran peluru berpandu paling kuat sejak 2017. – AFP

    Liu Xiaoming dan Noh Kyu-duk berjabat tangan semasa pertemuan mereka di Kementerian Luar di Seoul, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...