Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    China sekat bandar 9 juta penduduk

    BEIJING, 22 MAC – China menutup bandar perindustrian yang dihuni sembilan juta orang semalaman dan melaporkan lebih 4,000 kes baharu COVID hari ini, ketika negara terbabit melaksanakan strategi sifar-COVID itu berdepan gelombang mudah menular, Omicron.

    Pihak berkuasa negara itu melaporkan 4,770 jangkitan baharu di seluruh negara dengan sebahagian besarnya membabitkan wilayah timur laut Jilin, ketika bandar Shenyang di wilayah jiran Liaoning dikenakan perintah berkurung lewat semalam.

    China sebelum ini bergerak pantas dalam beberapa minggu kebelakangan ini untuk menghapuskan kluster virus dengan langkah gabungan menyekat kawasan setempat, ujian besar-besaran dan perintah berkurung seluruh bandar.

    Ia melaporkan dua kematian COVID Sabtu lalu, kematian yang pertama dalam tempoh lebih setahun.

    Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran mengenai risiko kepada pertumbuhan ekonomi yang bakal tercetus oleh perintah berkurung berterusan ketika negara itu berusaha untuk mengimbangi krisis kesihatan dengan keperluan ekonomi kedua terbesar dunia itu.

    Shenyang sebuah pangkalan industri yang menempatkan pelbagai kilang termasuk pengeluar kereta BMW, melaporkan 47 kes baharu hari ini apabila pihak berkuasa meletakkan semua kawasan perumahan di bawah ‘pengurusan tertutup’ dan menghalang penduduk daripada keluar tanpa keputusan ujian negatif 48 jam.

    Minggu lalu, Presiden China, Xi Jinping, sekali lagi menekankan keperluan untuk ‘meminimumkan kesan’ pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negaranya, namun turut menggesa pegawai untuk ‘berpegang kepada pendekatan semasa sifar-COVID’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...