China ‘sekat’ firma AS berhubung jualan senjata

BEIJING, 26 OKT – China hari ini berkata ia akan mengenakan sekatan terhadap Lockheed Martin, iaitu unit Boeing dan firma Amerika Syarikat (AS) lain yang terbabit dalam kegiatan jual senjata kepada Taiwan, sebuah kepulauan dianggap wilayah Beijing.

Dua firma gergasi AS itu terbabit dengan penjualan baru-baru ini, hampir bernilai AS$2 bilion berupa peluru berpandu kepada Taiwan termasuk syarikat Raytheon dengan jurucakap Kementerian Luar Negeri, Zhao Lijian, menggesa AS supaya berhenti menjual senjata kepada pulau tersebut.

Status Taiwan berpotensi untuk mencetuskan konflik antara AS dan China dalam pertikaian meluas membabitkan teknologi, keselamatan dan kuasa perdagangan.

Menurut Zhao, sekatan itu untuk melindungi kepentingan nasional dan akan dikenakan terhadap me-reka yang ‘berkelakuan buruk dalam proses penjualan senjata kepada Taiwan’.

“Kami akan terus mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk melindungi kedaulatan nasional dan kepentingan keamanan,” kata Zhao tanpa perincian lanjut mengenai sekatan.

Pada minggu lalu, Jabatan Negara AS meluluskan penjualan peluru berpandu 135 udara-ke-darat yang menurut Kementerian Pertahanan Taiwan bagi membangunkan keup-ayaan pertempuran. – AFP