China selar tawaran Taiwan

BEIJING, 19 OGOS – China hari ini menyelar Taiwan kerana menawarkan suaka kepada orang-orang Hong Kong yang berhadapan pendakwaan atas penglibatan mereka dalam protes antikerajaan, memberitahu pemimpin pulau itu untuk ‘berhenti campur tangan’ dalam hal ehwal kewilayahan.

Presiden Taiwan Tsai Ing-wen menyuarakan sokongan bulan lalu dengan membenarkan suaka kepada sebahagian penunjuk perasaan Hong Kong tatkala hab kewangan itu diheret ke dalam krisis politik.

Ma Xiaoguang, jurucakap bagi Pejabat Hal Ehwal Taiwan di Kabinet China memberi amaran kepada Parti Progresif Demokratik ‘untuk berhenti memperkotak-katikkan peraturan undang-undang di Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong, berhenti campur tangan dalam hal ehwal Hong Kong dan berhenti menuruti kemahuan penjenayah.’

Bulan lalu berdozen-dozen aktivis terlibat menyerbu parlimen wilayah itu, melarikan diri ke Taiwan dan Taipei pula mengatakan ia bersedia menawarkan bantuan kepada pencari perlindungan Hong Kong.

“Mereka secara terbuka menawarkan suaka kepada pembantah, menjadikan Taiwan ‘syurga melindungi penjenayah,’ di manakah keadilan dan keselamatan bagi orang Taiwan?” soalnya. Beijing menganggap Taiwan sebagai sebbahagian wilayahnya. – AP