Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    China Selektif tempuhi COVID

    BEIJING – China menangani lonjakan COVID dengan sekatan terpilih dan langkah-langkah lain yang nampaknya meredakan sedikit strategi ‘toleransi sifarnya’ yang kejam.

    Di Hong Kong, para pakar mengatakan wabak terburuk di bandar tersebut setakat ini mungkin memuncak, kedai gunting rambut dan salun dibuka semula pada Khamis. Namun, ramai yang melihat itu sebagai contoh mesej yang tidak menentu daripada kerajaan wilayah separa autonomi China yang telah diarahkan untuk mengikuti pendekatan toleransi sifar yang digunakan di negara itu.

    Pihak Berkuasa Hong Kong melaporkan 31,392 jangkitan tempatan pada Khamis, turun daripada lebih 50,000 jangkitan pada hari sebe-lumnya. Di negara tersebut, sebanyak 402 kes penularan tempatan yang dilaporkan pada Khamis adalah empat kali ganda jumlah kes pada seminggu yang lalu. Daripada jumlah itu, sebanyak 165 kes dicatatkan berada di wilayah timur laut Jilin, terutamanya di bandar Changchun dan Jilin, di mana pihak berkuasa bandar mengarahkan perintah berkurung pada 160 komuniti kediaman di mana beberapa kes telah dikesan.

    Sementara itu, sebanyak tiga kitaran ujian besar-besaran di bandar Jilin juga telah selesai, rangkaian pengangkutan antara bandar digantung dan semua penduduk dinasihatkan untuk tinggal di rumah sehingga jumlahnya menurun. – AFP

    Seorang pelanggan di salun selepas ditutup sementara di Hong Kong. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...