Friday, December 1, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    China ‘selesai’ isu ketagihan permainan video belia

    BEIJING, 23 NOV – China telah ‘menyelesaikan’ isu ketagihan permainan video belia, menurut laporan yang ditulis bersama oleh badan industri permainan terkemuka negara, setahun selepas kerajaan mengehadkan jumlah masa yang dibenarkan untuk orang muda bermain sehari.

    China ialah pasaran permainan terbesar di dunia, tetapi industri itu – digelar ‘candu rohaniah’ oleh media negeri – telah menjadi sasaran badan pengawal selia teknologi, siasatan dan penggantungan IPO.

    Sejak September lalu, remaja di bawah umur 18 tahun hanya dibenarkan bermain permainan dalam talian di antara jam 8 dan 9 malam pada Jumaat, Sabtu dan Ahad semasa penggal persekolahan.

    Akibatnya, ‘lebih 75 peratus daripada budak di bawah umur bermain kurang daripada tiga jam seminggu, dan ketagihan permainan telah selesai pada asasnya,’ menurut laporan oleh Jawatankuasa Kumpulan Industri Permainan China dan pembekal data CNG.

    “Sistem antiketagihan yang dilaksanakan oleh syarikat permainan merangkumi lebih 90 peratus daripada pengguna permainan di bawah umur,” katanya.

    Kira-kira 98 peratus daripada penduduk berusia 9 hingga 19 tahun mempunyai telefon bimbit dan terdapat 186 juta pengguna internet berusia 18 tahun atau lebih muda.

    Syarikat juga dilarang daripada menawarkan perkhidmatan permainan kepada orang muda di luar waktu yang dibenarkan oleh kerajaan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Reaktor gabungan nuklear eksperimen Jepun dirasmikan

    TOKYO, 1 DIS - Reaktor gabungan nuklear eksperimen terbesar di dunia yang sedang beroperasi dirasmikan di Jepun hari ini, sebuah teknologi pada peringkat awal...