Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    China, Sepanyol lancar aktiviti kembara budaya

    BEIJING, 31 MAC – Aktiviti Kembara Budaya China-Sepanyol anjuran bersama Kumpulan Media China (CMG) dan Kementerian Budaya dan Sukan Sepanyol dilancarkan kelmarin sempena jubli emas hubungan diplomatik kedua-dua negara.

    Presiden CMG, Shen Haixiong dalam ucapannya berkata kerjasama China-Sepanyol yang mampan dan bersifat pelbagai menjadi pemacu kepada pemodenan dan keterbukaan kedua-dua negara.

    Beliau menyifatkan interaksi budaya yang konsisten dan berkesan sebagai asas pertukaran China-Sepanyol dalam pelbagai bidang.

    Menurut Shen, selain penayangan filem dokumentari bagi mengimbau kembali sejarah perhubungan dua negara, aktiviti kembara budaya itu juga akan menawarkan sesi interaksi yang bertemakan karya seni.

    Antara pengisian lain termasuk forum, penstriman langsung menerusi media baharu dan aktiviti liputan yang disusun atur untuk memaparkan pesona istimewa kedua-dua negara serta kerjasama antara bandar berkembar.

    Sementara itu, Menteri Budaya dan Sukan Sepanyol, Miquel Iceta menyifatkan budaya sebagai jambatan interaksi yang menghubungkan kedua-dua negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...