Thursday, February 13, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China siasat ketua pengawal atur insurans

    BEIJING, 9 April – China telah membuka siasatan ke atas ketua badan pengawal atur insurans, kata pemerhati antirasuah hari ini dalam satu pengumuman yang boleh menandakan suatu masalah kepada beberapa buah syarikat yang paling berkuasa di negara itu.

    Xiang Junbo sedang disiasat kerana “disyaki melanggar tata kelakuan Parti,” kata Suruhanjaya Tengah Pemeriksa Disiplin dalam kenyataan ringkas di laman webnya.

    Frasa itu sering digunakan sebagai ungkapan halus bagi mengatakan kesalahan rasuah.

    Xiang memegang jawatan tertinggi dalam Suruhanjaya Pengawal Atur Insurans China pada 2011 selepas mengetuai Agricultural Bank of China, salah satu bank negeri yang terbesar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda