BEIJING, 2 OGOS – Perwakilan China di Palestin menandatangani perjanjian untuk menyumbangkan sejumlah dana kepada Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) di Timur Dekat pada Khamis.
Ketua Perwakilan China di Palestin, Zeng Jixin dalam majlis penandatanganan itu berkata, China sentiasa memberikan sokongan kepada UNRWA sementara menyeru masyarakat antarabangsa menyokong agensi itu melaksanakan misinya.
“Sumbangan derma wang oleh China kali ini adalah untuk menyokong UNRWA meningkatkan bantuan kemanusiaan kecemasan ke Gaza,” kata Zeng.
Beliau menegaskan bahawa China akan terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan konflik di Gaza selain berusaha untuk mengurangkan bencana kemanusiaan dan melaksanakan ‘penyelesaian dua negara’. – Bernama