China tahan dua rakyat Amerika

BEIJING 17 OKT – Dua rakyat Amerika dari sebuah syarikat pendidikan Inggeris di China ditahan dan diikat jamin di timur negara itu kerana disyaki ‘mengatur penyeberangan sempadan secara haram’ menurut kementerian luar negeri hari ini.

Alyssa Petersen dan Jacob Harlan, bapa lima orang anak, ditahan di wilayah Jiangsu pada 27 September dan pada 29 September dibebaskan dengan ikat jamin, kata jurucakap kementerian luar Geng Shuang.

Syarikat mereka yang berpusat di Idaho, China Horizon yang mengatur kedua-duanya untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah-sekolah China, mengatakan dalam satu status di Facebook pada Sabtu bahawa tuduhan itu adalah ‘palsu.’ Penahanan berlaku di tengah-tengah ketegangan hubungan diplomatik dan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

“Saya tidak melihat insiden ini berkaitan dengan hubungan China-AS ketika ini,” kata Geng dalam satu sidang media. – AFP