China tahan profesor kritik Xi

BEIJING, 6 JULAI – Pihak berkuasa China menahan seorang profesor perundangan hari ini kerana menerbitkan artikel mengkritik Presiden Xi Jinping menangani pandemik COVID-19 dan usaha pemimpin republik itu mengukuhkan kuasanya.

Xu Zhangrun adalah antara pengkritik kerajaan, jarang sekali ditemui di China yang melakukan penapisan ketat terhadap golongan akademik, ditahan di rumahnya di pinggir Beijing oleh lebih 20 orang, kata rakannya yang enggan dikenali.

Beliau pada Februari lalu, dikatakan menerbitkan esei menyalahkan budaya penapisan dan penipuan dipupuk Xi sebagai punca penularan COVID-19 di China.

Rakannya berkata lelaki mendakwa sebagai polis memberitahu isteri Xu bahawa suaminya ditahan kerana disyaki melanggan pelacur di Chengdu, yang menurut rakannya alasan mencurigakan bagi penangkapannya. –AFP