Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    China tambah katil hospital atasi lonjakan kes

    BEIJING, 16 MAC – China telah bertindak menambah katil-katil hospital ketika pegawai hari ini melaporkan ribuan kes baharu akibat wabak koronavirus Omicron yang telah menempatkan jutaan penduduk berkurung di rumah dan menimbulkan kebimbangan terhadap sistem kesihatan.

    Negara itu mencatat 3,290 kes COVID baharu hari ini, termasuk 11 kes serius.

    Jumlah itu berkurangan berbanding 5,000 yang dicatat semalam, tetapi varian yang mudah berjangkit itu menimbulkan cabaran terbesar kepada strategi ‘sifar COVID’ untuk membendung pandemik di China.

    Di bawah protokol COVID, negara itu sebelum ini menghantar semua pesakit dengan gejala ke hospital pakar.

    Namun peningkatan mendadak dalam kes, yang mendorong 17.5 juta penduduk hab teknologi selatan Shenzhen dikenakan perintah berkurung dan sekatan dikenakan ke atas Shanghai dan bandar lain, telah menimbulkan kebimbangan mengenai isu kekurangan katil.

    “Pesakit dengan varian Omicron kebanyakannya menunjukkan gejala asimtomatik dan kes ringan, kebanyakan mereka tidak memerlukan rawatan serius di hospital,” kata pihak berkuasa kesihatan.

    Gambar di televisyen negeri CCTV hari ini menunjukkan puluhan kren besar mendirikan ‘hospital sementara’ di timur laut wilayah China Jilin, yang telah melaporkan lebih daripada 50,000 kes dalam tempoh seminggu. – AFP

    Seorang pekerja kesihatan mendapatkan sampel swab daripada seorang wanita untuk diuji COVID di tapak swab di Beijing kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...