Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China tarik balik vaksin tercemar

    BEIJING, 8 Ogos – Penyiasat di China telah memulakan penarikan semula vaksin tercemar yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat pembuatan ubat China dari pasaran domestik dan luar negara, menurut pihak berkuasa kesihatan.

    Penyiasat telah mendapati bahawa Changchun Chang-sheng Life Sciences Ltd telah mencampurkan cecair yang tamat tempoh ke dalam vaksinnya dan juga didapati memalsukan rekod seawal dari April 2004, kata Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan dalam satu kenyataan semalam.

    Nama-nama bagi negara yang terjejas itu tidak dinyatakan, namun penarikan semula itu menunjukkan skandal yang membelenggu China mungkin telah tersebar ke pasaran asing, yang ditakuti akan memberikan impak besar kepada reputasi sektor farmasi China.

    Sementara itu, pegawai suruhanjaya tidak segera memberikan respons kepada soalan faks hari ini untuk mendapatkan sebarang komen.

    Pengawal atur telah mengarahkan penghentian pengeluarannya bulan lepas, tatkala kemarahan orang awam kian memuncak selepas dokumen bocor dalam talian menunjukkan pengawal atur telah mendapati ketidakkonsistenan maklumat itu pada tahun 2017, tetapi gagal untuk mengambil tindakan segera.

    Presiden Xi Jinping dan pegawai-pegawai tertinggi lain telah bertindak balas dengan mengutuk Changsheng dan menggesa peraturan keselamatan makanan dan perubatan yang lebih baik, di mana dua bidang tersebut dapat menimbulkan sentimen anti-kerajaan di kalangan kelas pertengahan bandar yang semakin meningkat.

    Dalam pada itu, pengawal atur telah melancarkan pemeriksaan di seluruh negara pada kilang pembuat vaksin sementara kerajaan pusat telah menubuhkan beberapa panel pakar untuk mengkaji semula keselamatan vaksin dalam industri farmaseutikal yang dianggarkan bernilai AS$122 bilion. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda