China tawar pelajar Brunei empat biasiswa

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Dengan hasrat untuk meningkatkan lagi pertukaran di antara China dan Negara Brunei Darussalam khususnya untuk mempromosikan kesefahaman serta persahabatan antara golongan muda kedua-dua buah negara, kerajaan Republik Rakyat China menyediakan empat biasiswa bagi pelajar Negara Brunei Darussalam bagi tahun akademik 2020/2021, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam.

Sehubungan dengan itu, para pelajar Brunei yang berminat adalah dialu-alukan untuk memohon bagi mendapatkan biasiswa berkenaan dan bagi maklumat lanjut, boleh-lah melayari laman sesawang Kedutaan Republik Rakyat China di Negara Brunei Darussalam, http://bn.china-embassy.org/eng/