China tegah perlakuan ‘tidak beradab’

BEIJING, 26 APRIL – China telah melarang perlakuan ‘tidak beradab’ seperti tidak menutup mulut dan hidung semasa bersin atau batuk, menurut kerajaan bandar itu hari ini, dalam peraturan baharu untuk meningkatkan amalan kebersihan awam ketika pandemik COVID-19.

Peraturan itu dihasratkan untuk mempromosikan ‘tingkah laku lebih beradab’ bagi memerangi pandemik yang sudah menjangkiti 82,000 orang di republik itu.

Perbandaran tempatan dalam laman webnya memberitahu, mereka yang ingkar termasuk tidak memakai penutup hidung dan mulut apabila sakit di tempat awam akan didenda.

Peraturan baharu itu juga mewajibkan tempat awam untuk meletakkan penanda jarak satu meter dan menyediakan sudu dan ‘chopstick’ bersama bagi hidangan yang dikongsi. – AFP