Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    China tekankan usaha kukuh hubungan dengan ASEAN

    PHNOM PENH, 4 OGOS – Menteri Luar Negeri China, Wang Yi (gambar-AP) menekankan usaha negaranya untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Asia Tenggara pada mesyuarat dengan rakan-rakan menteri luar negeri hari ini, ketika Beijing berusaha memperluaskan pengaruhnya di rantau ini.

    Wang berunding dengan diplomat tertinggi daripada Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di tengah-tengah ketegangan tinggi di rantau itu, susulan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan yang membangkitkan kemarahan Beijing.

    ASEAN mengeluarkan satu kenyataan awal hari ini, menggesa kedua-dua AS dan China untuk ‘cuba meredakan ketegangan’ susulan lawatan itu dan ‘mengekang diri daripada tindakan provokatif.’

    China mendakwa pulau pemerintahan sendiri Taiwan sebagai wilayahnya dan membantah sebarang penglibatan oleh pegawai China dengan kerajaan-kerajaan asing.

    Dalam ucapan alu-aluannya, Wang tidak menyebut situasi itu, sebaliknya menekankan bagaimana China dan negara-negara ASEAN telah mengukuhkan kerjasama dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

    “Kita telah melindungi lembah keamanan berhadapan pergolakan dalam situasi keselamatan antarabangsa,” katanya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...