Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    China terima pendapatan tinggi dari pelancongan

    BEIJING, 18 Feb – China telah menerima kedatangan 214 juta pelancong dalam tiga hari pertama cuti Tahun Baharu Cina, meningkat 9.7 peratus dari tempoh yang sama tahun lepas, kata Pentadbir Pelancongan Kebangsaan China (CNTA) semalam.

    Pendapatan pelancongan naik 9.9 peratus kepada 258.2 bilion yuan (kira-kira AS$40.69 bilion) dalam tempoh tiga hari, kata CNTA.

    Menurut data mereka lagi,  pada hari Sabtu saja, kira-kira 870 juta pelancong melawat seluruh negara.

    Sebanyak 3,85 juta penumpang telah dicatat yang telah menaiki kereta api China pada hari Jumaat lepas, hari pertama bagi cuti panjang Tahun Baharu Cina, naik 8.4 peratus dari hari yang sama tahun lalu, menurut China Railway Corporation (CRC), yang menjangkakan 6.89 juta perjalanan akan dibuat kelmarin

    Para pelancong berkumpul sambil mengambil gambar di atas The Bund bersebelahan dengan Sungai Huangpu pada hari ketiga Tahun Baru Cina di Shanghai kelmarin. China telah menerima kedatangan 214 juta pelancong dalam tiga hari pertama cuti Tahun Baharu Cina, meningkat 9.7 peratus dari tempoh yang sama tahun lepas. – AFP

    Perjalanan kereta api yang dekat untuk lawatan keluarga telah menjadi popular di kalangan orang Cina memandangkan rangkaian kereta api berkelajuan tinggi negara terus berkembang, kata CRC.

    Seramai 385 juta orang Cina dijangka akan bercuti semasa musim percutian yang bermula dari 15 hingga 21 Februari ini, mewakili peningkatan sebanyak 12 peratus, ramalan CNTA awal bulan ini.

    China memperoleh 5.4 trilion yuan daripada pelancongan pada tahun 2017, peningkatan sebanyak 15.1 peratus. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda