Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    China terima pesawat domestik pertama

    BEIJING, 9 DIS – Sebuah syarikat penerbangan China hari ini menjadi pelanggan pertama yang menerima tempahan pesawat udara jarak jauh yang dikeluarkan oleh pengeluar milik kerajaan yang ditubuhkan untuk bersaing dengan Boeing dan Airbus.

    Pesawat C919 buatan The Commercial Aircraft Corp China merupakan sebahagian daripada usaha Parti Komunis untuk mentransformasikan negara tersebut menjadi pencipta teknologi menguntungkan dan mengurangkan kebergantungan pada produk asing.

    Model itu, yang mempunyai 164 tempat duduk, diserahkan kepada China Eastern Airlines Ltd., salah satu daripada empat syarikat penerbangan utama, lapor China Central Television. Ia tidak memberikan butir-butir di mana ia akan beroperasi.

    C919, yang bertujuan bersaing dengan Airbus A320 dan Boeing 737, mampu terbang sejauh 4,075 hingga 5,555 kilometer, menurut pengeluar. Kapal terbang itu mencatat penerbangan pertama pada Mei 2017.

    Bulan lalu, COMAC mengumumkan 300 tempahan untuk C919 dari syarikat sewa China.

    Syarikat itu berkata sebelumnya ia menerima 815 tempahan untuk C919 daripada 28 pelanggan, termasuk GE Capital Aviation Services dan City Airways Thailand. – AP

    Imej yang diambil oleh agensi CCTV, China, menunjukkan pesawat C919 dihantar ke lapangan terbang Shanghai Pudong sebelum berlepas kelmarin. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...