Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    China terima tempahan baharu jet C919

    BEIJING, 9 NOV – China hari ini mengumumkan ratusan tempahan baharu untuk jet penumpang buatan tempatan pertama, dengan pesawat udara itu dijangka dikeluarkan secara komersial pada awal tahun depan.

    Firma milik kerajaan, Commercial Aircraft Corp of China (COMAC) berkata ia telah menerima 300 tempahan kapal terbang C919 semasa pameran udara semalam.

    Pengumuman itu tidak menjelaskan sama ada tempahan telah disahkan sepenuhnya, juga tidak memberikan butir-butir mengenai nilai perjanjian atau tarikh penghantaran.

    Jika tempahan disahkan, ia akan membawa jumlah urus niaga pesawat C919 kepada lebih 1,100, berdasarkan angka daripada kenyataan COMAC. Pihak berkuasa berharap C919 – pesawat udara tempatan pertama di China dengan potensi dihasilkan secara komersial – akan mencabar model asing seperti Boeing 737 MAX dan Airbus A320.

    Beijing juga menjangkakan pesawat udara itu akan membantu mengurangkan kebergantungan negara pada teknologi asing di tengah hubungan dingin dengan negara Barat – meskipun kebanyakan bahagian kapal terbang diperoleh dari luar negara.

    Media tempatan melaporkan empat pesawat udara berkenaan dijangka dihantar kepada China Eastern Airlines pada akhir tahun ini, dan beroperasi dalam suku pertama 2023. – AFP

    Gambar bertarikh 8 November menunjukkan pesawat penumpang buatan China membuat pertunjukan semasa Pameran Udara China di Zhuhai, wilayah selatan Guangdong, China. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...