China ‘tingkat’ pengerahan tentera di sempadan India

BEIJING, 24 Julai – China mengingatkan hari ini bahawa ia akan mempertingkatkan penghantaran tenteranya dalam perbalahan sempadan dengan India, berikrar akan mempertahankan kedaulatannya ‘dengan apa cara sekalipun’.

Perbalahan bermula lebih sebulan lalu selepas tentera China mula membina sebatang jalan di dataran terpencil itu, yang dipertikaikan oleh China dan Bhutan.

Tentera India berpindah masuk ke zon bergolak tersebut untuk menghentikan kerja pembinaan, dengan China menuduh mereka mencabul kedaulatan wilayah dan meminta mereka berundur dengan serta merta.

“Menyeberangi sempadan negara yang diiktiraf bersama di kawasan India adalah satu pencabulan serius wilayah China dan melanggar undang-undang antarabangsa,’ beritahu jurucakap kementerian pertahanan China Wu Qian pada persidangan akhbar.

“Keazaman dan kerelaan dan semangat China untuk mempertahankan kedaulatannya adalah tidak dapat dialahkan, dan ia akan melindungi kedaulatan dan kepentingan keselamatan dengan apa cara sekalipun,” tambah beliau.

“Tentera sempadan China telah mengambil langkah kecemasan di kawasan itu dan akan mempertingkat penghantaran tentera dan latihan sebagai respons terhadap situasi yang dihadapi,” kata beliau.

Jurucakap itu tidak memberikan sebarang butir-butir mengenai penghantaran.

India dan China berkata mereka mempunyai sokongan asing untuk kedudukan mereka dalam konflik tersebut.

Bhutan berkata pembinaan jalan raya adalah “pencabulan” perjanjian dengan China. Bhutan dan China tidak mempunyai hubungan diplomatik. – AFP