Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    China tingkat tenaga solar dan angin menjelang 2025

    BEIJING, 2 JUN – China menyasarkan untuk menggandakan kapasiti angin dan solarnya menjelang 2025, berdasarkan peta jalan baharu yang turut membenarkan lebih banyak binaan loji janakuasa arang batu untuk meningkatkan keselamatan tenaga.

    Negara pencemar terbesar dunia itu sebelum ini menganggarkan ia perlu menggandakan penggunaan angin dan solar menjelang 2030 untuk menunaikan ikrarnya di bawah perjanjian iklim Paris.

    Pelan terbaharu ini jika berjaya dilaksanakan, bermakna China mungkin dapat mencapai matlamat itu lebih awal.

    Walau bagaimanapun, Beijing juga telah meningkatkan pergantungan kepada loji janakuasa arang batu dalam beberapa bulan kebelakangan ini untuk menyokong ekonominya yang lemah ketika perang Ukraine menyebabkan kenaikkan harga tenaga global.

    Perancang ekonomi pusat negara itu berkata, 33 peratus bekalan kuasa bagi grid nasional akan datang daripada sumber boleh diperbaharui menjelang 2025 yang meningkat daripada 29 peratus pada 2020 menurut dalam dokumen yang dikeluarkan kelmarin.

    Beijing juga telah berjanji untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau menjelang 2030 dan menjadi neutral karbon menjelang 2060. – AFP

    Gambar menunjukkan salah satu loji kuasa solar pasang surut pertama China di Perbandaran Wugen Wenling, Wilayah Zhejiang timur China. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...